NOVEMBER 2023

Premier Rasmi Program TVS Prihatin


GEDONG, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg merasmikan Majlis Perasmian TVS Prihatin sempena Ulang Tahun TVS yang Ke-3 di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong pada Sabtu.

Terdahulu, ketibaan Premier disambut oleh warga TVS dan diikuti dengan sesi menanam pokok di Masjid Al-Kauthasar bersama Pengerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Datuk Amar Tan Sri (Dr) Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang bertujuan merealisasikan komitmen TVS untuk memelihara alam sekitar dan juga sebagai simbolik perasmian.

Beliau kemudiannya melawat kediaman Mohd Erowan Suhaili, salah seorang penerima dekoder MYTV sumbangan dari pihak TVS kepada 300 orang penduduk Gedong.

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat; Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Il Datuk Maclaine Ben @ Martin Ben, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang. 

Sumber dari : Sarawakku